Kategori Destinasi

Misteri Sejarah Dunia Tersimpan di Sungai Batu

Sungai Batu, yang terletak di kawasan Merbok menyimpan sejarah tamadun berharga bagi Negeri Kedah yang patut dilawati. Di sini wujud sebuah tamadun tertua di Asia Tenggara yang dikenali sebagai tamadun ‘Kedah Tua’.

Kedah Tua sebenarnya lebih lama wujud dari Angkor Wat di Kemboja yang dibina pada pertengahan abad ke-12 dan Candi Borobudur yang dibina pada 750 hingga 850 Masihi.

12079668_1111285272230030_4451160012939109572_n Sejarah tamadun Kedah Tua yang terletak di Sungai Batu, Merbok, itu telah wujud sejak 500 Sebelum Masihi lagi.

Menurut Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, tapak arkeologi berhampiran Sungai Petani itu memerlukan perhatian dan peruntukan tambahan daripada kerajaan pusat.

“Tapak Arkeologi Sungai Batu bukan penemuan arkeologi biasa tetapi tamadun yang boleh menunjukkan bahawa  kehebatan Tamadun Melayu ada di sini.

“Ini bukan sahaja tamadun Kedah tetapi tamadun Melayu yang ada di Nusantara, dan ia secara tidak langsung akan menaikkan jati bangsa Melayu, malah membuktikan bangsa ini memang terhebat di Asia Tenggara. Ia patut dibincangkan di Kabinet dan diberi fokus,” katanya kepada wartawan baru-baru.

Menurut Mohd Rawi, beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kepentingan Tamadun Sungai Batu dan bagaimana ia boleh membanggakan dan menaikkan moral rakyat.

ruinsSejak 2009, pengkaji-pengkaji di tapak arkeologi terletak berhampiran Sungai Petani itu telah membuat beberapa penemuan penting yang menunjukkan tamadun di Sungai Batu telah wujud kira-kira dua ribu tahun dulu.

Satu daripada penemuan terpentingnya adalah monumen ritual ibadat berbentuk bulatan di dasar dan binaan segi empat di atasnya, yang mempunyai ukuran yang amat tepat dan telah disahkan berusia 1,900 tahun atau 110 Masehi.

Pengesahan usia monumen ritual menggunakan teknologi “Optically Stimulated Luminescence” (OSL) itu membuktikan Tamadun Sungai Batu adalah ratusan tahun lebih tua berbanding Borobudur, Indonesia dan Angkor Wat, Kemboja.

Selain itu, pengkaji turut menemui banyak tinggalan relau-relau besi yang membuktikan Kedah Tua ketika zaman keagungannya merupakan pusat peleburan besi terunggul di Asia Tenggara, lengkap dengan kemudahan pelabuhan dan perdagangan.

Di dalam bahasa Sanskrit, “Kedah Tua” dirujuk sebagai “Kataha” yang membawa maksud “mangkuk besi dunia.”

Penemuan tinggalan kapal-kapal purba di Sungai Kuno yang pernah mengalir di Sungai Batu ribuan tahun dahulu hanya mengesahkan keunggulan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan serta ketinggian tamadun masyarakat yang mendiaminya.

Peruntukan kewangan yang mencukupi juga perlu bagi membolehkan pembelian tanah-tanah milik persendirian di sekitar Tapak Arkeologi Sungai Batu.

downloadKajian awalan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) menunjukkan kawasan tanah-tanah milik persendirian itu kemungkinan tinggi menyimpan khazanah arkeologi negara.

Kira-kira 90 tapak arkeologi yang telah dikenal pasti di Sungai Batu, 47 daripadanya telah pun diekskavasi oleh pasukan penyelidik dan lebih banyak akan dibuka tahun depan.

Disebabkan keluasan tamadun “Kedah Tua” ini, usaha-usaha menggali tinggalan arkeologi yang berkemungkinan menjangkau ke seluruh Kedah tidak mungkin dapat diselesaikan dengan cepat.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker