Kategori Destinasi

Apa ada di Alor Setar?

Alor Setar, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah.

Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini.

Alor Setar juga adalah tempat lahir Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Balai besarSelain itu ayah kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Allahyarham Datuk Ahmad Badawi Abdullah, juga berasal dari Alor Setar.

Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada Disember 21, 2003 oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Antara tempat menarik untuk dikunjungi ialah Balai Besar yang dibina pada 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah.

Dinding, atap dan lantai bangunan ini diperbuat daripada kayu.

Menara Alor SetarBagaimanapun bangunan ini rosak teruk ketika tentera Siam menyerang Kedah.

Tetapi ia telah dibaik pulih oleh Sultan Kedah ketika itu,  Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang juga ayahanda kepada Tunku Abdul Rahman Putra.

Satu lagi tempat menarik yang menjadi mercu tanda bandaraya ini ialah Menara Alor Setar.

Ia adalah menara kedua tertinggi di Malaysia dan ke-19 di dunia.

Menara ini dibuka secara rasmi kepada pelawat pada 14 Julai 2007 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar tersergam indah Masjid Zahir yang dibina pada 1912.

Masjid ZahirIstimewanya masjid ini, rekabentuknya diilhamkan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II.

Apabila berkunjung ke Alor Setar, silalah lawat Balai Nobat yang dibina pada 1854 dan diubahsuai pada 1906.

Ia adalah sebuah rumah instrumen suci Orkestra Diraja, dimainkan hanya sepanjang upacara diraja, seperti perkahwinan dan pengebumian. Instrumen yang menghasilkan muzik nobat terdiri daripada tiga gendang, gong, dan seruling.

Lawatan ke Alor Setar tidak akan lengkap jika tidak singgah di Pekan Rabu yang dibuka setiap hari dari pagi hingga malam.

BALAI NOBATDi sini terdapat pelbagai hasil ladang tempatan, kraftangan, hidangan tempatan, pakaian, buah-buahan, perhiasan dan lain-lain.

Pusat Sains Negara juga adalah destinasi yang menarik untuk dilawati di Alor Setar. Ia terletak di Gunung Keriang kira-kira lapan kilometer dari bandar Alor Setar.

Pusat ini dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.

Satu lagi tarikan pelancong ialah Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriang.

pekan-rabuAntara pameran yang menarik ialah peralatan padi, basikal tua, perangkap ikan dan banyak lagi.

Balai Seni Negeri pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.

Istana Anak Bukit  merupakan tempat yang indah untuk pelawat kunjungi kerana landskapnya yang unik dan cantik.

Selain itu, Terusan Wan Mat Saman adalah tali air terpanjang di negara ini.

Ia menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah.

Terusan Wan Mat SamanIa dibina untuk memberi kemudahan pengairan kepada petani di Kedah sebab Kedah ialah periuk nasi Malaysia.

Terusan ini dibina dari 1885 ke 1895 oleh Datuk Wan Mat Saman Wan Ismail, Datuk Bendahara Kedah di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Ia dibina tanpa peralatan sains dan teknologi moden.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker