Kategori Destinasi

Asal Usul Sungai Petani, Kedah.

Kedah bukan sahaja negeri tertua di Malaysia, bahkan juga di Asia Tenggara. Pelbagai sejarah menarik boleh di dapati di negeri ini.

Antara yang menarik ialah nama beberapa tempat di Kedah. Ada yang dihasilkan daripada campuran bahasaThailand dan Melayu. Ada juga nama bandar diasaskan daripada aktiviti di kawasan berkenaan.

Contohnya, Sungai Petani yang mengambil namanya dari anak sungai yang mengalir dari Sungai Merbok, iaitu kampung terawal muncul di tanah tinggi yang sekarang dikenali sebagai Pekan Lama.

village-mall

Pembangunan bandar Sungai Petani bermula dengan pesatnya di awal abad ke-20. Pentadbiran British bermula pada 1909 dengan kemasukan pendatang ke Kedah seperti bangsa Cina dari Negeri-negeri Selat dan orang India yang dibawa oleh British untuk mengendalikan ladang getah di selatan Kedah.

Pada Akhir tahun 1921, Bandar Sungai Petani yang sengaja dirancang oleh pihak pentadbir kolonial telah mempunyai populasi penduduk seramai 4578 orang.

Ia dihubungkan dengan jalan keretapi di Kedah yang telah lama siap, sejak1915. Oleh kerana ramai pelombong dan peladang terletak di selatan Kedah, maka bandar Sungai Petani telah mendapat faedah, lantas ia maju dengan begitu pesat.

sungai petani

Pada tahun berikutnya Sungai Petani telah membangun dan 109 lagi buah rumah dibina.

Sejak pentadbiran British, jalanraya telah dibuat untuk menghubungkan Alor Setar dengan kawasan selatan Kedah.

Jalanraya yang dipilih adalah selari dengan terusan Wan Mat Saman. Jalan itu yang menghubungkan Alor Setar dengan Sungai Petani telah siap pada 1913.

Selain menghubungkan ibu negeri dengan kawasan selatan, jalanraya tersebut menjadi nadi utama penghubung Sungai Petani.

CSSC2

Di antara bangunan warisan yang menjadi mercu tanda bandar Sungai Petani ialah menara jam di jalan Ibrahim yang telah dibina pada 1934 dengan kos sebanyak RM17,000 pada ketika itu dan ia telah disumbangkan oleh Lim Lian Teng kepada penduduk Sungai Petani sempena memperingati King George (1910-1936).

Sekarang Sungai Petani merupakan Bandar Utama yang kemajuannya semakin pesat. Jika bandaraya Alor Setar merupakan pusat pentadbiran dan ibu kota negeri Kedah, Sungai Petani pula lebih kepada bandar yang kaya dengan industri perkilangan, pusat beli-belah dan perumahan yang cukup meluas.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker