Kategori Destinasi

‘Teksi Air’ Sungai Semeling Tarikan Baru Pelancongan Kedah.

Sesiapa yang hendak melancong ke Kedah, diminta jangan lupa cuba ‘Teksi Air Sungai Semeling. Rugi jika anda tidak mencuba teksi air ini kerana ia adalah produk pelancongan terbaru yang sangat menarik.

Lokasinya tidak jauh dari bandar Sungai Petani, jadi anda tak perlu risau jika hendak berulang-alik dari bandar ke lokasi ini.

sungai-merbok-kedah

Perkhidmatan teksi air ini berulang-alik dari Jeti Semeling ke Pantai Merdeka, Tanjung Dawai. Teksi air ini menggunakan fua buah bot berkapisiti 14 penumpang dan beroperasi mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.

Pelancong yang datang ke sini berpeluang untuk menikmati keindahan panorama hutan bakau dan juga mengunjungi lokasi-lokasi menarik sepanjang Sungai Merbok.

teksi air sungai merbok

Teksi Air ini diuruskan oleh Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Sungai Petani, bermula dari jeti Semeling dan akan berhenti di Tanjung Dawai. Ini adalah untuk memberi peluang kepada penumpang untuk membeli-belah sebelum berpatah balik ke Jeti Semeling.

Penumpang akan menempuh perjalanan yang menyeronokkan sepanjang 36 kilometer membabitkan perjalanan selama dua setengah jam.

P_20141215_151307_HDR-1024x576

Di samping menikmati kehijauan hutan bakau sepanjang Sungai Merbok, pengunjung turut berpeluang melihat sendiri aktiviti nelayan menangkap ikan serta, berkunjung ke pusat ternakan ikan dalam sangkar dan chalet terapung yang terletak di Teluk Bayu, Lubuk Pusing dan Segantang Garam di sepanjang Sungai Merbok.

Sungai Merbok ini sebenarnya mempunyai pelbagai sejarah berkaitan dengan Kesultanan DiRaja Kedah. Malah dipercayai, Kapal Perang Merong Mahawangsa juga karam di lokasi Lubuk Pusing dan tapak Istana Tuanku Sultan Abdul Hamid juga boleh di lihat semasa menaiki teksi air ini.

jadual-perjalanan

Teksi air ni sudah bermula pada 1 Januari 2015 dengan kadar tambang berpatutan, iaitu RM35 untuk dewasa, RM15 untuk pelajar sekolah dan IPT serta RM25 untuj warga emas.

Waktu operasi ialah 9.30 pagi dan 2.30 petang setiap hari. Terdapat dua perjalanan pagi dan dua perjalanan pada sebelah petang.

Jadi jika anda ke Kedah, jangan lepaskan peluang mencuba teksi air ini ya.

teksi-air1







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker