Kategori Destinasi

Tree Top Walk Sungai Sedim bertaraf dunia

Jauh di Selatan Kedah, terletak air terjun Sungai Sedim yang indah di sebalik flora dan fauna alam semula jadi.

Tetapi kita simpan dulu kisah air terjun itu kerana di sana juga ada sesuatu yang lain dari yang lain!

Fokus kita kali ini ialah Tree Top Walk di Sedim River Recreation Park.

sedim

Apa itu Tree Top Walk di Sedim River Recreation Park?

Jika anda selalu mengunjungi mana-mana Taman Negara di negara ini, pastinya pernah mencuba Tree Top Walk. Untuk pengetahuan pembaca, ia juga ada di Sedim, malah lebih menarik lagi.

Tree Top Walk Sedim River Recreation Park, merupakan laluan kanopi terpanjang di dunia, sejauh
950m. Ia dibina khas di negeri ini yang lokasinya di Hutan
Simpan Gunung Inas.

tree-top-walk-01

Gunung Inas adalah antara hutan simpan tertua di negara kita yang menyimpan seribu
satu misteri alam.

Peminat alam semula jadi, tentu menyukai pemandangan hutan yang menakjubkan bila anda dapat berjalan-jalan melalui kanopi, sambil menikmati suasana hutan sebenar. Itulah tarikan utama kepada pengunjung yang datang.

Berjalan kaki tinggi di atas hutan hujan tertua ini memberikan anda perspektif yang tidak dijangka dan amat menghiburkan.

tree-top-walk-03

Ia juga dipanggil “pandangan mata monyet”. Pengunjung akan menikmati pemandangan hebat ini dari jarak 50 meter dari muka bumi.

Dari atas, anda juga boleh melihat keindahan air terjun Sungai Sedim yang terkenal sebagai ‘Pusat
Rekreasi diraja Kedah’ yang pada dahulunya kerap dijadikan tempat percutian kerabat diraja.

Selain Tree Top Walk, di sini juga ada pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti
berkhemah, tracking, bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan juga berkelah di tepi sungai.

tree-top-walk-04

Anda tak perlu bercuti keluar negara untuk menikmati percutian bertaraf dunia, kerana semua itu ada di negara kita ini.

Jika peminat alam semula jadi, anda akan merasa rugi jika tidak mencuba Top Tree Walk Sungai
Sedim.

tree-top-walk-05







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker