Kategori Destinasi

Galeri Khas sejarah Ketua Menteri Melaka kini dibuka.

Oleh Nazri Nazz.

Pelancong atau penduduk tempatan yang meminati sejarah politik Melaka terutama mengenai Ketua Menteri kini boleh mendapatkan maklumat di Galeri Ketua Menteri Melaka di Bukit Peringgit.

Galeri berkenaan yang dibuka setiap hari menyimpan sejarah dan perjuangan pemimpin tertinggi kerajaan negeri terbabit.

Galeri yang menyelami perjalanan sejarah pemimpin termasuk Ketua Menteri ke-10, Datuk Seri Ir Idris Haron itu dahulunya didiami bekas Ketua Menteri (KM) bersama keluarga mereka dikenali Seri Bendahara yang diubahsuai menjadi galeri pada 2005 selepas kediaman baru KM di bina di Ayer Keroh.

Mempamerkan bangunan asal termasuk ruang kerja, bilik tidur dan ruang yang pernah didiami KM sejak 1972 hingga 2005 terbabit turut mengimbau suasana sebenar rumah pemimpin utama negeri Melaka.

wajah 10 KM Melaka

Lebih menarik panel di ruang masuk mempamerkan 10 wajah KM termasuk Idris Harun yang menerajui negeri berkenaan sejak Mei 2013 lalu.

Galeri yang tidak mengenakan bayaran kepada pengunjung terbabit membolehkan orang ramai berpeluang mengetahui sejarah permulaan tugasan KM di beri tanggungjawab  mengambil alih tugas Residen British selepas merdeka 1957 juga boleh disaksikan menerusi kenyataan yang di pamerkan di ruang khas yang disediakan di tingkat bawah galeri terbabit.

Manakala sudut ruang ilham termasuk KM ke- 9 ,Tan Sri Mohd Ali Rustam dengan kelengkapan perabot selain ruang pejabat dengan peralatan yang pernah di
gunakan KM terdahulu termasuk Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Seri Adib Adam juga dipamerkan kepada umum.

Wajah pemimpin tertinggi Melaka bermula dengan KM pertama Datuk Othman Talib (31 Ogos 1957-31 Mei 1959 ); selain Allahyarham Tun Gafar Baba (1 Jun 1959 -5 Oktober 1967); Datuk Talib Karim (67-1972); Abd Ghani Ali (1972- 1978); Datuk Seri Adib Adam 1978-1982; Tan Sri Rahim Thamby Chik (1982- 1994);  Allahyarham Datuk Mohd Zin Ghani (1994-1997); Allahyarham Datuk Abu Zahar Itnin (1997-1999); Datuk Seri Ali Rustam (1999 -2013); dan Datuk Seri Idris Haron (7 Mei 2013 hingga kini) termasuk juga kenyataan perjalanan mereka sebagai pemimpin antara yang dipamerkan di galeri terbabit.

KM_Fotor_Collage

Koleksi asal termasuk katil, meja dan sofa turut dipamerkan sebagai tontotan umum yang melawat galeri yang dibuka setiap hari antara jam 8 hingga 5 petang selain pendedahan menarik berkaitan peranan dan tanggugjawab KM terhadap rakyat dan peranan mereka kepada perkembangan negeri Melaka yang pernah ditadbir.

Galeri berkenaan juga lokasi sesuai kepada pelajar yang ingin mengenali Institusi Ketua Menteri yang penuh dengan pelbagai perjalanan sejarah yang menarik termasuk pameran pakaian KM terdahulu yang digunakan untuk majlis istiadat kebesaran negeri Melaka.

Pelbagai cenderamata dan cenderahati yang dihadiahkan pelbagai pihak kepada pemimpin berkenaan yang diterima ketika majlis rasmi dan tidak rasmi juga dipamerkan sebagai tatapan umum dan pengunjung.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker