Kategori Destinasi

Sudah cuba Nasi Gunting?

Jika anda berada di negeri Melaka, jangan lupa singgah di Pasar Besar Melaka Sentral, Peringgit. Carilah Nasi Gunting. Rasanya sukar digambarkan selagi tidak dinikmati sendiri. Hanya yang pernah mencuba dapat memahaminya!

IMG_8746Apa istimewanya Nasi Gunting di situ? Sebenarnya Nasi Gunting mendapat namanya daripada cara penyediaan hidangannya yang menggunakan gunting kain! Pelbagai jenis lauk pauk termasuk kari daging, limpa dan hati dipotong menggunakan gunting sebelum disediakan kepada pelanggan.

abdullah bersama hidangan nasi guntingWarisan Nasi Gunting bermula sejak 64 tahun lalu sehingga ke hari ini, di mana pengusahanya, Awal Juki, 50  mewarisi perniagaan Allahyarham ayahnya Juki Rais.

Menurut Juki, dia bersama abangnya Abdullah Juki, 54 akan terus memastikan Nasi Gunting yang diusahakan sejak 1948 itu akan terus relevan walaupun zaman dan masa terus berubah.

Bantu membantu , Awal (kanan) dan Abdullah di kedainyaKatanya, sejak kecil dia membantu ayahnya menjalankan perniagaan bermula di Kampung Jawa sebelum beralih ke pasar kampung Morten dan kemudiannya ke lokasi berkenaan sejak lebih empat tahun lalu, menganggap ianya sebagai rezeki buat keturunannya kelak.

IMG_8741“Ramai yang menganggap nasi putih yang disediakan digunting sebelum dihidangkan, namun sebenarnya penyediaan lauk selain sayur, telor, cili hijau dan timun sahaja menggunakan gunting.

“Masakan berkenaan dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan dinamakan oleh masyarakat keturunan Jawa yang amat sinonim dengan rutin harian mereka ketika itu,”katanya.

IMG_8740Berikutan Juki akan memastikan warisan tradisi berkenaan akan terus diusahakan anak-anak dan cucunya bagi memastikan penggemar masakan itu akan terus dapat menikmati Nasi Gunting andainya beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Menurut Abdullah pula, dia termasuk 13 adik beradik yang lain akan sentiasa bersedia memastikan hidangan yang dikatakan menyamai nasi kandar berkuah banjir berkenaan akan diteruskan generasi akan datang berikutan ramai pelanggannya juga tinggal di luar Melaka termasuk di Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

nikmati nasi guntingSalah seorang pelanggan tetap,  Minhat Hashim 59, yang menetap di Seremban akan datang ke Melaka menikmati nasi gunting berkenaan setiap hujung minggu. Katanya, masakan termasuk asam rebus perut dan usus lembu menjadi kegemarannya sejak lebih 40 tahun lalu.

Minhati berkata, menikmati nasi gunting seawal jam 8 pagi diakui membuatkan dia sentiasa segar dan bertenaga selepas menghabiskan sepinggan nasi bersama daging dan hidangan tambahan yang disediakan.

“Jika tiada perancangan kebiasaannya setiap Ahad saya akan sentiasa memastikan datang awal berikutan ada ketikanya  seawal 10 pagi masakan berkenaan sudah habis dijual berbanding hari biasa yang habis kira-kira jam 11.30 pagi,”katanya.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker