Kategori Politik

Ramai pengundi muda di PRK Pengkalan Kubor

PUTRAJAYA, 1 September, 2014 – Golongan muda bakal menjadi penentu keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N01 Pengkalan Kubor yang adakan diadakan pada 25 September ini.

Ini berdasarkan daripada jumlah 24,039 pengundi yang berdaftar, 64.7 peratus adalah daripada golongan pengundi muda berusia antara 21 hingga 49 tahun. Daripada jumlah itu pula, paling ramai ialah pengundi berusia antara 30-39 tahun yang menguasai 23.89 peratus, diikuti pengundi berusia antara 21-39 tahun (20.08 peratus). Manakala pengundi berusia antara 40-49 tahun dalam 20.73 peratus.

20140829_110122Pengundi berusia antara 50-59 tahun, tidak begitu ramai, iaitu 16.72 peratus, manakala yang berusia antara 60-69 tahun cuma 10.34 peratus. Hanya terdapat 5.67 peratus pengundi berdaftar berusia antara 70-79 tahun dan 1.93 peratus berusia antara 80-89 tahun manakala pengundi berusia 90 tahun ke atas cuma 0.63 peratus.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), terdapat empat orang pengundi berdaftar yang usianya antara 101 hingga 113 tahun dan empat lagi pengundi berusia 100 tahun!

Menurut statistik itu lagi, di antara 24,039 pengundi berdaftar untuk PRK Pengkalan Kubor, 12,462 (51.84%) terdiri daripada kaum lelaki dan selebihnya 11,577 (48.16%) adalah wanita.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker