Kategori Politik

PRK Teluk Intan pada 31 Mei

PUTRAJAYA, 8 Mei 2014 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan (P.076) akan diadakan pada 31 Mei, sementara penamaan calon pada 19 Mei.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan tarikh berkenaan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Putrajaya, Khamis.

20140508_115551PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng pada 1 Mei lalu. Pada Pilihanraya Umum yang lalu, Seah memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan apabila memperolehi 27,399 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Kong yang meraih 20,086 undi dan calon Bebas, K. Moralingam (279).

Aziz berkata, penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak, Jalan Changkat Jong. Manakala pusat pengiraan undi awal akan diadakan di bilik audit Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

2014-05-08 15.58.21Menurut Abdul Aziz SPR telah melantik seramai 957 petugas untuk PRK berkenaan dan sebanyak 36 pusat pengundian disediakan termasuk satu pusat undian awal dengan keseluruhan 121 saluran.

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad telah dilantik sebagai pegawai pengurus Pilihanraya. Kos RK Teluk Intan PRK itu dianggarkan menelan belanja RM1,470,347.

Katanya seramai 60,349 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRK berkenaan, Daripada jumlah itu 410 adalah pengundi awal dan 12 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Aziz berkata, mengikut pecahan kaum, majoriti adalah pengundi Cina, iaitu sejumlah 25,310 (41.94%) diikuti bangsa Melayu seramai 23,301 (38.6%) serta 11,468 atau 19 peratus adalah pengundi India.

Katanya lagi Daftar Pemilihan Pilihan Raya bagi bahagian PRK berkenaan akan mula dijual pada 17  Mei 2014. Pengundi yang inginkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> nombor kad pengenalan dan hanar ke 15888 mulai 17 Mei.

Pengundi juga boleh menelefon ibupejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6565 dan pejabat Pilihan Raya Negeri perak di talian 05-254 4195.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker