Kategori Politik

PRK: Sejarah Hatrik Bakal Berulang di DUN Kuala Besut?

5 Julai, Putrajaya – “Sejarah ini ibarat roda, peristiwa lampau lambat laun akan berulang kembali”. Kata-kata ini seolah-olah kena pada situasi yang sedang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu. Mungkin ramai yang tidak menyedari akan hakikat ini.

SPR-PRK-besutPada 26 Jun 2013 lalu, kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Datuk Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Allahyarham pada PRU13 telah menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

34 tahun dahulu, Kuala Besut telah mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama berikutan kematian ADUNnya, Zakaria Muda pada tarikh sama iaitu 26 Jun 1979. PRK ketika itu telah diadakan pada bulan puasa dan dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Abdul Rahman.

Hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz telah mengumumkan tarikh untuk penamaan calon PRK DUN Kuala Besut adalah pada 12 Julai manakala tarikh pengundian pula pada 24 Julai.

Nampaknya PRK Kuala Besut sekali lagi jatuh pada bulan puasa. Pertama, kita dapat melihat tarikh dua tokoh iaitu Allahyarham A. Rahman Mokhtar dan Zakaria Muda pergi menghadap Ilahi pada tarikh yang sama 26 Jun. Kedua, tarikh PRK juga berlangsung pada bulan Ramadhan.

Dua perkara telah padan dengan catitan sejarah Kuala Besut. Cuma perkara ketiga tidak dapat dipastikan lagi. Iaitu adakah PRK kali ini akan dimenangi oleh calon Barisan Nasional seperti apa yang berlaku 34 tahun lalu?  Apa-apa pun, keputusan pilihan raya kecil berada di tangan 17,683 pengundi berdaftar di situ. Sama-sama kita nantikan sama ada teori sejarah hatrik ini bakal berulang kembali di Kuala Besut.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker