Kategori Politik

Tian Chua, Tamrin Ghafar mengaku tak bersalah tuduhan menghasut

Kuala Lumpur, 29 Mei – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau lebih dikenali dengan nama Tian Chua serta pemimpin PAS, Tamrin Ghafar mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Rabu.

tiga-pembangkangTurut didakwa bersama mereka di bawah akta yang sama ialah aktivis pelajar, Safwan Anang dan dua ahli aktivis pro-pembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Hishamuddin Rais.

Tian Chua, Tamrin, Safwan dan Haris yang didakwa serentak pada sebelah pagi, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Norsharidah Awang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Keempat-empat individu itu dibenarkan diikat jamin RM5,000 setiap seorang sementara menunggu tarikh sebutan kes pada 2 Julai ini. Safwan bagaimanapun enggan menerima ikat dan ditahan reman di penjara Sungai Buluh.

Seorang lagi aktivis pro-pembangkang, Hishamuddin Rais yang sepatutnya mendengar pertuduhan itu bersama mereka, cuma muncul menyerah diri kepada polis di mahkamah sejam selepas itu. Beliau kemudian di dakwa di atas tuduhan sama tidak lama selepas itu. Dia juga membayar ikat jamin.

Kesemua mereka didakwa menyebut kata-kata berbaur hasutan ketika menyampaikan ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama, kelima-lima individu itu boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang kemudian, mereka boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada lima tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas di hadapan hakim Norsharidah Awang.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker