Kategori Destinasi

Sandakan berwajah “old school”

Biasanya sebab utama pelancong ke Sandakan kerana ia lokasi paling dekat dengan Pusat Pemiliharaan Orang Utan Sepilok dan Proboscis Monkey Sanctuary (Pusat Pelindungan Monyet Belanda) di Labuk Bay yang terkenal seluruh dunia.

welcome to sandakanTetapi sebenarnya, Sandakan menawarkan lebih dari itu. Selain kedua-dua tempat itu, Sandakan, yang namanya berasal daripada perkataan Sulu, iaitu Sandak, yang bermaksud pajak gadai, juga mempunyai sejarah yang menarik.

Antaranya, rumah Agnes Keith yang terletak di atas bukit di Jalan istana. Agnes, yang berasal dari Ameirka Syarikat adalah penulis buku Land Below The Wind (Negeri Di Bawah bayu). Buku itu dinukilkannya di rumah berkenaan. Begitu juga buku White Man Returns (1951).agnes keith house 1

Ketika dibina, kawasan rumah itu diberi nama Newlands. Agnes dan suaminya Henry Keith yang bertugas sebagai Ketua Pemelihara Hutan, serta anak lelaki mereka, George hidup bahagia di situ sehingga 1952. Walaupun keluarga itu tidak pernah kembali ke Sabah, kediaman itu tetap dikenali sebagai Rumah Agnes Keith oleh pelawat dan pelancong serata dunia yang tidak putus-putus mengunjunginya.

Rumah itu kini menjadi warisan negeri dan hampir kesemua perabut dan peralatan dari zaman keluarga Keith dikekalkan.

Untuk sampai ke rumah Agnes Keith, pelawat harus melalui Tangga Seribu Langkah. Jika anda ingin menikmati minuman petang dalam suasana yang romantis ala Inggeris, pergilah ke English Tea House tidak jauh dari situ. Sambil menikmati teh dan kuih muih sentuhan Inggeris dari restoran ini, anda dapat melihat keindahan bandar Sandakan dari puncak bukit.

agnes keith house 2Bagi pelancong Islam, jangan ketinggalan melawat Masjid Jamik Sandakan yang sudah berusia lebih 100 tahun.

Malah berjalan-jalan di sekitar bandar Sandakan pada siang hari membawakan nostalgia era 90an kerana banyak bangunan era itu, malah sebelumnya, masih dikekalkan. Begitu juga bas awam di Sandakan fesyennya masih seperti di tahun 90an.

english tea houseJika anda merancang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Sandakan, pastikan memulakannya pada waktu pagi kerana masuk jam 6 petang, ia sudah gelap dan hampir semua kedai mulai ditutup pada waktu itu, kecuali di sepanjang Waterfront yang menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan barat.

Sekiranya anda berkeinginan menikmati makanan laut, bolehlah cuba di beberapa restoran makanan laut sepanjang Kampung Air di Jalan Buli Sim Sim. Tetapi jika anda mahu menikmati ikan bakar dengan yang murah, berkunjunglah ke pasar ikan bakar Sim Sim.







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker