Kategori Destinasi

Monyet Belanda di Labuk Bay

Hidungnya besar dan terjuntai. Fesyen rambutnya yang bewarna oren bagai tersisir rapi. Matanya pula kecil, bewarna coklat gelap. Perutnya begitu menonjol buncit da ekornya sangat panjang. Itulah gambaran seekor Monyet Belanda (Proboscis Monkey) jantan.

sepilok-1Monyet wanita pula saiznya lebih kecil, hidungnya kecil, kemek dan terjungkit. Jika anda ingin melihat haiwan unik ini, silalah ke Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary yang terletak di Sandakan, Sabah.

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary adalah kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) yang terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan seluas 400 ekar.

Jaraknya kira-kira 38 kilometer dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa tidak lebih sejam untuk sampai. 

Untuk ke tempat ini, pelancong hanya perlu menunggu bas khas yang disediakan di hadapan Hotel Sandakan setiap 9 pagi dan 2 petang. Tambangnya cuma RM15 sehala bagi warganegara Malaysia dan RM60 bagi pelancong luar negara.

Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap kamera dan RM20 untuk video yang dibawa. Tempat ini dibuka mula 9 pagi. Waktu untuk menyaksikan monyet-monyet ini diberi makan ialah pada 9.30 pagi, 11.30 pagi, 2.30 petang dan 4.30 petang setiap hari. Sementara waktu tayangan video ialah pada 10.15 pagi dan 3.15 petang.

labuk-04Selain itu pelancong boleh berurusan dengan agensi pelancongan Labuk Bay Nature Tours yang turut menyediakan penginapan dan pengembaraan menyusur sungai pada waktu malam dengan melayari www.proboscis.cc .

Penginapan untuk sebuah bilik chalet di Nipah Resort yang terletak dalam kawasan ini Cuma RM180 semalam sementara untuk asrama cuma RM28 seorang.

labuk-07Terdapat kira-kira 60 ekor monyet belanda di sini. Selain itu turut terdapat monyet spesis Silver Leaf dan Red Leaf, Burung Enggang, Memerang, Babi Hutan dan pelbagai hidupan liar lain yang hanya dapat dilihat di hutan Borneo. Difahamkan hanya terdapat 7,000 monyet belanda di seluruh Borneo dan 2,000 daripadanya di Sabah.

Jika berada di Sandakan dan tidak melawat Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, anda akan menyesal seumur hidup kerana ia satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan tidak boleh dijual-beli. Percayalah!







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker