Kategori Destinasi

Tanjung Piai – Penghujung Selatan Tanah Besar Asia!

Peta Dunia yang tertera di sebuah glob gergasi yang dibina di atas pelantar menghadap lautan, serta papan tanda yang tertulis “Tahniah! Anda sekarang berada di penghujung selatan tanah besar Asia” – adalah mercu tanda paling unik di Taman Negara Tanjung Piai, Johor.

tgpiai-03Pemanduan lebih 400 kilimeter yang memakan masa empat jam setengah dari Kuala Lumpur ke Mukim Serkat, Pontian terasa amat berbaloi sebaik mata terpandang mercu tanda itu yang menghadap laut Selat Melaka.

Berdasarkan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), Tanjung Piai, salah satu daripada enam Taman Negara yang diwartakan di negeri Johor, terletak di kedudukan N 01 17 098, E 103 30 503.

Tidak jauh dari situ terdapat satu lagi papan tanda yang tertera tulisan latin “Veni Vidi Vici” dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris, “I came I saw I conquered” – iaitu petikan kata popular pahlawan Rome, Julius Caesar setiap kali memenangi peperangan dan menakluk sesebuah negara.

tgpiai-04
Taman Negara Tanjung Piai yang seluas 926 ekar adalah hutan paya bakau yang kaya dengan pelbagai khidupan, serta flora dan fauna semulajadi. Terdapat lebih daripada 20 jenis paya bakau terdapat di sini yang menjadi kediaman bagi berpuluh jenis species binatang.

tgpiai-01i
Terdapat dua pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai, iaitu menerusi Sungai Belukang dan Desa Sri Piai. Bayaran masuk cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk pelajar, kanak-kanak dan warga emas. Ia dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang.

Antara tarikan utamaTaman Negara ini ialah kehadiran pelbagai spesis monyet, ikan belacak, ketam lumpur, ular, siput dan burung. Ia turut menganjurkan kegiatan sampingan untuk kumpulan seperti memerhatikan burung camar, memancing serta meredah hutan.
tgpiai-02
Kalau anda golongan yang menghargai keindahan alam semulajadi dan pada masa yang sama sukakan kegiatan lasak, inilah tempatnya.

Jika anda berhasrat untuk bermalam di sini, terdapat banyak homestay dan hotel paling dekat ialahTanjung Piai Resort. Taman Negara juga menyediakan kemudahan untuk mereka yang mahu berkemah. Tetapi pastikan anda menyediakan pakaian dan kasut yang sesuai, baju hujan, payung, topi, teropong, ubat nyamuk, krim penghalang serangga, air mineral, kamera dan pen serta buku nota untuk mencatatkan pengalaman yang pasti mengesankan!

tgpiai-05







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker