Kategori Destinasi

Kenali Macau Dari Galerinya Di Melaka

GaleriMacau-05

Jika anda merancang untuk melancong ke Macau, jangan lupa lawati Galeri Macau yang terletak hanya 10 minit dari bandaraya Melaka. Pelbagai maklumat mengenai Macau dapat diperolehi bagi mengenali sejarah, keunikan budaya dan lokasi menarik yang terdapat di sana.

Dengan maklumat yang terdapat disini, sudah pasti memudahkan anda untuk merancang perjalanan percutian Macau dengan lebih tersusun. Jangan lupa bertanyakan kepada kakitangan Galeri Macau yang sentiasa ceria dan sedia menjawab segala pertanyaan anda.

Ketika kunjungan ke sana, anda akan di bawa ke sebuah rumah dan menyusuri setiap ruang yang menjadi tempat Galeri Macau. Rumah ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang mana ia telah dibina oleh pihak British pada zaman pra-peperangan dan rekabentuknya adalah dipengaruhi senibina Siam.

GaleriMacau-01 GaleriMacau-02

Kemudian ia diambil alih dan dijadikan sebagai jabatan kerajaan pihak berkuasa Melaka dan kini rumah lama ini tertakluk dalam warisan sejarah Melaka. Sebelum diubah menjadi galeri, satu perjanjian bersama telah dimeterai bagi memastikan sebarang pembaharuan atau ubahsuai dilakukan tidak menjejaskan keaslian struktur bangunan ini.

Secara keseluruhan aspek pembinaan, pelbagai bahan telah digunakan seperti kaca, jubin seramik dan kayu. Manakla cermin anti-kilau digunakan untuk semua kabinet pameran di situ.

GaleriMacau-03 GaleriMacau-04

Antara ruang-ruang pameran yang terdapat di sini adalah seperti berikut:

  • Asal-usul dan budaya seperti kartografi, replika kapal, tradisi dan adat resam
  • Acara Macau
  • Warisan Dunia Macau
  • Laluan Maritim antara Macau, China, Melaka dan Portugal.
  • Perpustakaan dll

Jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini sebelum berkunjung ke Macau.

GaleriMacau-06
alamat: No 6, Bukit Peringgit, 75400 Melaka
no tel: 06-2869939
bayaran masuk: PERCUMA
laman web: www.macautourism.gov.mo

 







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker