Kategori Politik

COKMAR – Alat Kebesaran Parlimen

Cokmar-02

Cokmar ialah sebuah alat kebesaran Parlimen yang utama kerana Cokmar melambangkan keagungan dan kuasa Yand di-Pertuan Agong dan Dewan Parlimen. Penggunaan Cokmar menambahkan lagi kehormatan Dewan.

Di Parlimen ada dua Cokmar yang digunakan iaitu satu di Dewan Negara dan satu lagi di Dewan Rakyat.

Cokmar Dewan Rakyat diperbuat daripada perak, emas dan kayu tempatan oleh tukang perak yang terkemuka. Di kepala Cokmar terdapat sebuah bongkol besar dihiasi dengan berbagai ukiran.

Bongkol di kaki Cokmar lebih kecil dan juga berukiran. Batang Cokmar pula diperbuat daripada kayu merbau yang bersalut perak dan dihiasi ukiran enam jalur emas yang berbentuk jambak-jambak padi masak.

Cokmar-03

Contoh-contoh hasil negara yang utama seperti kepingan kecil getah dan bijih timah serta padi ditempatkan pada pangkal Cokmar ini.

Pada Jun 1966, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV telah menganugerahkan Cokmar Dewan Negara pula. Rekabentuknya hampir sama seperti Cokmar Dewan Rakyat.

Cokmar-04

Hanya Bentara Mesyuarat yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai pembawa Cokmar.

 







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker