Kategori Destinasi

Kemudahan Terbaik Pusat Boling Pin Junction

Karyawan-05Pin Junction terletak di tingkat 3 bangunan Cineleisure berhadapan dengan pusat membeli belah The Curve Damansara, Selangor.

Pusat boling yang mempunyai 24 buah lorong ini bukan sahaja sesuai untuk penggemar sukan boling kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk semua golongan.

Antara kemudahan yang disajikan di Pin Junction adalah seperti ruang sukan pool, restoran, karaoke, DJ dan yang paling menarik sekali ialah pentas terbuka yang menyediakan perkhidmatan perlatan muzik lengkap bagi kegunaan umum.

Karyawan-02 Karyawan-04 Karyawan-03

Pentas terbabit akan dikenali sebagai “Karyawan Open Jam Stage” di mana pihak Pin Junction akan mengadakan satu kerjasama berterusan dengan Biro Muda Karyawan bagi mengaktifkan perkhidmatan pentas khas sebegini.

Lokasi pentas di kawasan terbuka ini disediakan dengan khidmat sewaan bersifat ekonomi iaitu RM40 sejam setara dengan harga studio-studio latihan muzik diluar.

Karyawan-06 Karyawan-07 Karyawan-08

Platfom begini adalah amat bertepatan bagi penggiat seni yang baru ingin bertapak atau mereka yang ingin mengelolakan mini gigs bagi mengetengahkan bakat secara terbuka kepada pengunjung Pin Junction.

Ini merupakan salah satu ikhtiar Persatuan Karyawan Malaysia dalam membantu menyuntik semangat para pemuzik amatur bagi merasakan suasana mengadakan persembahan kepada umum.

Ruang tersedia amat sesuai untuk para artis mengadakan pelbagai majlis seperti pelancaran album, sidang media dengan harga sewaan amat berpatutan.

Karyawan-09 Karyawan-01 Karyawan-10

Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah terus menghubungi pihak Pin Junction di talian 03 7725 4257 dan 013 342 0976.

 







UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker