Monyet Belanda di Labuk Bay

Hidungnya besar dan terjuntai. Fesyen rambutnya yang bewarna oren bagai tersisir rapi. Matanya pula kecil, bewarna coklat gelap. Perutnya begitu menonjol buncit da ekornya sangat panjang. Itulah gambaran seekor Monyet Belanda (Proboscis Monkey) jantan. Monyet wanita pula saiznya lebih kecil, hidungnya kecil, kemek dan terjungkit. Jika anda ingin melihat haiwan unik ini, silalah ke Labuk […]

Tanjung Piai – Penghujung Selatan Tanah Besar Asia!

Peta Dunia yang tertera di sebuah glob gergasi yang dibina di atas pelantar menghadap lautan, serta papan tanda yang tertulis “Tahniah! Anda sekarang berada di penghujung selatan tanah besar Asia” – adalah mercu tanda paling unik di Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Pemanduan lebih 400 kilimeter yang memakan masa empat jam setengah dari Kuala Lumpur […]

Kenali Macau Dari Galerinya Di Melaka

Jika anda merancang untuk melancong ke Macau, jangan lupa lawati Galeri Macau yang terletak hanya 10 minit dari bandaraya Melaka. Pelbagai maklumat mengenai Macau dapat diperolehi bagi mengenali sejarah, keunikan budaya dan lokasi menarik yang terdapat di sana. Dengan maklumat yang terdapat disini, sudah pasti memudahkan anda untuk merancang perjalanan percutian Macau dengan lebih tersusun. […]

Burung Unta Banyak Keistimewaan

Tahukah anda Burung Unta suka mengajuk orang? Adakah anda juga tahu burung ini juga gemarkan perhatian dan suka bergambar? Kalau tak percaya, lawatlah ke mana-mana ladang ternakan Burung Unta. Sekiranya anda ke negeri Johor, luangkan masa untuk singgah di Ladang Ternakan Burung Unta Desaru yang terletak di Teluk Rumania, Pengerang.

Jojo Rakit – Homestay atas Air

Anda ada rancangan nak memancing di hujung minggu, tetapi keluarga tidak berkongsi minat? Nak tinggalkan keluarga semata-mata untuk memenuhi hobi, hati terasa begitu berat. Nah! Jawapan kepada kekusutan anda ialah Jojo Rakit! Di Jojo Rakit, anda boleh memenuhi hobi itu dan pada masa yang sama menggembirakan keluarga. Ini kerana Jojo Rakit menawarkan konsep inap desa […]

Indahnya Kundasang, Gunung Kinabalu & Ranau

Jika ke Sabah adalah satu kerugian jika anda tidak meluangkan masa ke tiga tempat, iaitu Kundasang, Gunung Kinabalu dan Ranau. Pengalaman ke tiga tempat ini pasti tersemat di hati sampai bila-bila. Jika tidak berminat dengan pakej itu dan mahukan cabaran dan pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menyewa kereta daripada agensi berkenaan. 

Macam-macam ada di Kota Kinabalu

Kali pertama ke Kota Kinabalu, Sabah dan tidak tahu ke mana nak pergi? Jangan risau, kerana Kota Kinabalu mempunyai pelbagai tempat yang menarik serta masyarakat yang peramah. Walaupun negeri Sabah mempunyai berpuluh kumpulan etnik, Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pertuturan utama di sini.

Kemudahan Terbaik Pusat Boling Pin Junction

Pin Junction terletak di tingkat 3 bangunan Cineleisure berhadapan dengan pusat membeli belah The Curve Damansara, Selangor. Pusat boling yang mempunyai 24 buah lorong ini bukan sahaja sesuai untuk penggemar sukan boling kerana ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk semua golongan.

Ada apa di Batu Pahat?

Batu Pahat, atau diterjemah secara literal dalam Bahasa Inggeris, bermaksud Chisel Stone, ialah satu daripada lapan buah daerah yang terdapat di negeri Johor. Juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 239 kilometer. Jika anda menggunakan GPS, koordinatnya ialah 1°5’U 102°56’T.

Masjid Ais di Sweden

Kebiasaannya hotel ais akan dibina setiap tahun di Jukkasjarvi, Sweden. Tapi kali ini pengarah urusan “Icehotel”, Yngve Bergqvist merancang untuk membina sebuah masjid yang diperbuat daripada bongkah air batu. Sebelum ini Icehotel telah membina gereja setiap tahun dan berjaya menarik seramai 150 pasangan dari seluruh dunia untuk melangsungkan perkahwinan di sini.

Destinasi

Kategori Ini Mengandungi 39 berita



UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker