Akibat ketagih suntik implan di bibir

Umumnya kita tahu kaum wanita yang obses kepada kecantikan. Bila lihat diri sendiri di cermin, ada sahaja yang dikomen. Kadang-kadang sehingga lupa, tiada manusia yang diciptakan sempurna olehNya, yang paling penting bersyukur kerana memiliki sifat fizikal yang baik berbanding orang lain yang mempunyai kekurangan fizikal. Kejadian berlaku di Wells-Next-To-Sea, Norfolk. Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun […]

Rusia adakan festival untuk hormati kehadiran nyamuk!

Nyamuk? Siapa yang suka dengan serangga kecil ini? Serangga penghisap darah ini merupakan antara agen penyebar penyakit, saban hari manusia akan mencari formula untuk menghapuskannya. Namun, di kota Berezniki, Rusia, mereka memberi waktu khas bagi nyamuk menikmati waktu untuk menghisap darah. Warga kota Berezniki, di pergunungan Rusia mengadakan festival khas bagi menghormati kehadiran nyamuk, ia […]

Penyakit pelik, liang roma badan ditumbuhi kuku

Seorang bekas pelajar perundangan dari Universiti of Memphis, Amerika Syarikat, Shanyna Isom telah didapati menghidap sejenis penyakit pelik apabila mengalami pertumbuhan kuku yang berlebihan. Ia diklasifikasikan sebagai penyakit berprofil tinggi selepas seluruh liang roma pada badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil. Dimana ada rambut disitu tumbuhnya kuku. Tubuhnya yang dipenuhi kuku-kuku kecil menyukarkan dia untuk bergerak dan […]

Warga emas ketagih cipta rekod dunia

Manusia. Pelbagai ragam,pelbagai karenah. Kadang-kadang benda yang tidak tercapai dek akal, tapi ada sesetengah daripadanya mampu melakukan. Ada sesetengah manusia sanggup dipandang serong oleh masyarakat, mungkin untuk menarik perhatian,atau mungkin memang sudah sebegitu perangainya. Lain ceritanya di India. Seorang warga emas bernama Rishi, 74 tahun, sanggup melakukan apa sahaja bagi meletakkan namanya di dalam Gunness […]

Jepun cipta bawang bebas air mata

Bawang bebas air mata. Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah berjaya mencipta bawang yang pasti tidak akan membuatkan anda menitis air mata apabila dipotong. Bawang India yang diberikan nama sebagai Smile Ball itu, merupakan bawang pertama di dunia yang terhasil daripada kajian yang dijalankan oleh syarikat tersebut. Kejayaan Smile Ball […]

Rakam gambar perkahwinan setelah 80 tahun bersama

Setelah berkongsi hidup selama 80 tahun, buat pertama kalinya, pasangan warga emas di daerah Anhui, China merakam foto perkahwinan. Song Qinglin, 102, dan isterinya Song Lishi, 99, tenang menghadap kamera. Mereka berpegangan tangan dan tersenyum. Qinglin segak dengan changshan merah manakala Lishi anggun dengan gaun pengantin putih bermanik. Menurut People’s Daily Online, ketika pasangan ini […]

Wanita ‘gila tudung’ : Jenama atau kualiti?

Bagi wanita berhijab, kegilaan membeli tudung bukanlah satu perkara yang pelik. Bagi penulis sendiri, tabiat membeli tudung seolah-olah sudah sebati dalam diri. Bila tudung tersebut akan dipakai bukanlah persoalan, asalkan keinginan membeli tudung tercapai tatkala keluar membeli belah, itu sudah mencukupi. Revolusi yang dilalui kini telah menjadikan sehelai tudung yang duhulunya dianggap sebagai kain untuk […]

Lelaki gergaji ‘tanduk’ di leher

BEIJING 25 Julai 2016 – Seorang lelaki di wilayah Hubei di sini terpaksa menggergaji ‘tanduk’ yang tumbuh di leherbya sejak 30 tahun lalu bagi mengelakkannya panjang. Li Zhibing, 62 tahun berkata, dia akan mengalami demam jika tanduk itu panjang dan mengakibatkan lehernya akan membengkak. Tambahnya lagi, tanduk yang tumbuh di lehernya itu merimaskan kerana mengganggu […]

Teksi jadi objek luah hasil seni pereka fabrik

Teksi merupakan pengangkutan utama buat para pelancong. Tidak hairanlah jika negara-negara maju akan sedaya upaya menyediakan perkhidmatan teksi dengan menggunakan model kereta mewah agar dipandang tinggi oleh para pelancong. Di Malaysia, anda pernah tak lihat teksi yang cantik terutamanya di Kuala Lumpur? Mungkin ada tetapi tidak banyak. Sebenarnya, teksi atau pemandu teksi secara tidak langsung […]

Nenek 71 tahun kahwini remaja 17 tahun

LONDON, 17 Julai 2016 – Kalau dah jodoh. Siapa sangka seorang wanita berusia 71 tahun dilamar dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas mereka berkenalan di majlis pengebumian anak lelaki wanita tersebut. Wanita itu, Almeda Erell yang mempunyai empat orang anak berkata dia tidak menyangka akan berkahwin dengan Gary Hardwick selepas bertemu dalam majlis […]

Ragam

Kategori Ini Mengandungi 84 berita



UTAMA PENAFIAN PENGIKLANAN WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2012-2016 JURNAL MALAYSIA

[ Log in ]



PageRank Checker